Adakah ESP memudaratkan?

By 2:10 PM ,




Ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara telah mengupas isu mengenai soya dan bahaya soya kepada kesihatan jadi tak  perlu saya huraikan lagi. Boleh sahaja cari di google.
Perasan atau tidak, setiap research atau pun artikel hanya menyebut perkataan SOYA ? 

Tahukah anda yang sebenarnya soya terbahagi kepada dua iaitu GMO dan Non-GMO.

Apakah perbezaan GMO dengan NON-GMO?
Ok, kepada yang belum tahu, GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organism. Apakah maksudnya? Nampak tak perkataan Modified? Ini bermakna organisma (tumbuhan & haiwan) yang telah di ubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda yang sebenarnya, hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO?

Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang ada di pasaran. Jadi, pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan / haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan lain-lain lagi. Tahukan industri ayam contohnya yang menggunakan suntikan kepada anak-anak ayam supaya cepat matang. Inilah yang di katakan manusia mengubah genetik asal haiwan mahupun tumbuhan untuk kepentingan manusia itu sendiri.

Maka, soya tidak terkecuali. Pada tahun 1999, satu kajian telah membuktikan pengambilan soya dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Semenjak itu, permintaan terhadap soya meningkat. Maka disebabkan permintaannya yang meningkat dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda beli adalah soya GMO kecuali sekiranya ada tertulis 'Organik' atau 'Non-GMO'. Apakah pula maksud NON-GMO? Non-GMO adalah 'Non-Genetically Modified Organism' di mana kandungan genetiknya tidak pernah di ubah oleh manusia. Soya ini mengalami proses matang secara semulajadi.

Jadi, adakah soya mendatangkan mudarat kepada kesihatan? Ya, soya akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan JIKA :-

1. Produk soya yang di makan seharian adalah jenis GMO.
2. Produk soya GMO di ambil secara berlebihan setiap hari.

Untuk point 1, Apa yang ada faham?
Secara umumnya setiap kejadian Allah itu cukup sempurna. Jika kita mengubahnya tidak mustahil ianya akan memudaratkan. Tetapi menurut kajian pakar, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh membahayakan kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Boleh rujuk sini .

Untuk point 2.
Islam sendiri menggalakkan kesederhanaan. begitu juga dalam pengambilan makanan seharian. Walaupun soya bukan makanan sunnah, adakah soya yang di ciptakan kejadiannya oleh Allah itu merbahaya? Dalam al Quran sendiri telah menjelaskan makanan yang HALAL dan makanan yang HARAM. Soya bukan dalam kategori makanan yang haram. Maka soya selamat di makan jika di ambil secara bersederhana.



Adakah ESP Shaklee bahaya? 
Jawapannya TIDAK
Selagi di ambil mengikut sukatan yang di cadangkan, insyaallah ianya tidak memudaratkan.





You Might Also Like

0 comments