Kenali Buasir

By 1:20 PM , ,




Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yg mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir. 

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian  rektum dan dubur. 

Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. 


  • Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 



  • Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 



Ramai sebenarnya di kalangan kita yang pernah mengalami buasir. Kita malu nak mengaku atau nak berjumpa doktor bila terkena buasir... Akhirnya kita hanya berdiam diri & menanggung sakit. 

Berikut adalah petikan dari Harian Metro.
Oleh kerana buasir tidak menyebabkan rasa sakit ramai orang mengambil sikap ‘tunggu dulu’ walaupun berlaku pendarahan setiap kali buang air besar sehingga masalah berkenaan sudah tidak tertanggung. 

“Kebanyakan orang malu untuk mengaku mereka ada masalah buasir, terutama wanita. Sebenarnya wanita hamil lebih mudah mengalami buasir kerana apabila kandungan semakin besar, rahim akan menekan rektum iaitu hujung usus besar dan ketika buang air wanita cenderung untuk tunduk sedikit yang memberi lebih tekanan. 


“Ini lama kelamaan akan membuatkan wanita mendapat buasir,” kata Penasihat Kesihatan dan Pakar Bedah Kolorektum Hospital Assunta, Dr Tee Shin San. 

Buasir boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira umur tetapi kebanyakan kes, orang dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun. 

Di negara kita, jumlah kes buasir tidak diketahui (kerana ramai malu mendapatkan rawatan) tetapi di Amerika Syarikat (AS) dianggarkan 10 juta penduduknya mengalami masalah itu setiap tahun. 

Buasir adalah salur darah di dubur yang membengkak. Biasanya ia tidak menyebabkan kesakitan, tetapi ada individu mengalami kesakitan khususnya apabila saiz buasir sangat besar sehingga menyukarkan untuk buang air besar. 

Kesakitan muncul jika berlaku komplikasi seperti wujud darah beku atau apabila buasir sentiasa berada di luar dubur. 

Apa punca buasir? Biasanya disebabkan terlalu banyak tekanan pada salur darah di bahagian pelvik atau rektum (hujung usus besar). 

Tisu pada dubur sebenarnya mempunyai banyak salur darah yang membantu mengawal pembuangan najis. Jika anda memaksa pengeluaran najis (dengan meneran kuat), peningkatan tekanan ini boleh menyebabkan salur darah membengkak dan mengembang - yang membentuk buasir. 

Selain masalah sembelit, cirit-birit juga dikatakan boleh menyumbang kepada pening­katan tekanan pada salur darah di dubur. Bagi wanita hamil, masalah buasir biasa­nya berlaku apabila kandungan semakin besar dan kecut sedikit selepas bersalin. 

“Orang yang selalu menahan diri daripada buang air besar juga boleh mendapat buasir kerana ia memberi tekanan yang besar kepada salur darah di dubur. 

“Jika sudah dapat ‘panggilan’, pergilah ke tandas. Jangan ditahan. Pada masa sama, jangan paksa diri untuk buang air besar contohnya apabila mahu pergi ke tempat atau acara penting kerana tindakan ini boleh membuatkan salur darah bengkak. 

“Malah orang yang suka membaca ketika buang air sehingga mengambil masa yang lama di tandas juga berisiko mendapat buasir. 

“Bagi individu yang gemuk juga perlu berhati-hati dan ambil langkah mengecilkan saiz kerana berat badan berlebihan boleh menyebabkan buasir,” katanya. 


Secara ringkasnya buasir boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu: 




  • Berdarah setiap kali buang air besar, tetapi tidak bengkak atau rasa sakit (tahap satu). Buasir dalaman biasanya kecil, salur darah yang bengkak berada pada dinding saluran dubur. Ia boleh menjadi besar sehingga terkeluar dari dubur. 
  • Bengkak di luar dubur tetapi boleh masuk sendiri (ke dalam dubur) selepas buang air besar (tahap dua). 
  • Bengkak di luar dubur dan tidak boleh masuk sendiri, perlu ditolak dengan jari (tahap tiga). 
  • Bengkak yang sentiasa berada di luar dubur (tahap empat). 

    Gejala paling biasa bagi buasir dalaman atau luaran ialah: 

  • Pendarahan ketika buang air besar. Darah ini berwarna merah terang.
  • Rasa sakit ketika membersihkan atau mencuci kawasan dubur.
  • Wujud sebarang ketidak­normalan atau bintil pada dubur.
  • Sakit dan gatal semasa atau selepas buang air besar. 

    Pengesanan dan rawatan 

    Biasanya pesakit hanya datang berjumpa doktor apabila masalah sudah teruk atau bimbang pendarahan yang banyak. 

    Menurut Dr Tee, jika ada buasir tetapi tidak berlaku pendarahan ketika buang air besar atau menyebabkan masalah, ia tidak perlukan rawatan. 

    Namun jika anda berumur 50 tahun ke atas dan berlaku pendarahan (sama ada darah berwarna merah terang atau najis menjadi gelap kerana wujudnya darah) maka disarankan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

    Biasanya untuk buasir tahap satu dan dua, doktor akan memberikan ubat. Namun untuk tahap tiga dan empat, perlukan rawatan kerana pada peringkat ini ubat tidak lagi berkesan. 

    Walaupun menjalani pembedahan, tetapi masih ada risiko untuk buasir berulang terutama jika corak pemakanan dan gaya hidup tidak berubah. 

    “Jika buasir kecil saiznya, doktor akan cadangkan rawatan bukan pembedahan seperti teknik ikat. 

    “Buasir ini akan diikat dengan getah khas untuk menghentikan bekalan darah.
    Apabila aliran darah terhenti, bahagian yang tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien akan mati dalam tempoh tiga hingga empat hari. Ia akan gugur sendiri dan biasanya pesakit tidak sedar bila buasir mereka hilang. 

    “Teknik ini sangat mudah, murah, cepat (kurang daripada lima minit), tidak menyakitkan dan dikategorikan sebagai rawatan pesakit luar. 

    “Namun peratus kejayaan teknik ini bukan 100 peratus kerana masih ada kemungkinan buasir berulang terutama yang kecil dan tidak boleh dibuang.
    Bengkak ini boleh membesar sekiranya individu itu terus melakukan perkara yang meningkatkan tekanan pada salur darah di dubur,” katanya. 

    Kaedah pembedahan konvensional kini jarang dilakukan kerana ia bukan saja menyakit­kan, tetapi juga menyebabkan luka yang besar. Pesakit perlu tinggal di hospital untuk satu tempoh tertentu dan penyembuhan juga mengambil masa yang lama. 

    Pembedahan konvensional juga tidak boleh membuang semua buasir kerana apabila kulit baru terbentuk ia boleh melekat dan membuatkan saluran dubur menjadi semakin kecil atau sempit. 

    Teknik terkini yang lebih popular ialah menggunakan alat seperti ‘stapler’ atau pengokot. Melalui kaedah ini, semua buasir di keliling salur dubur boleh diketip atau diklip bagi menghentikan bekalan darah. Bahagian yang mati akibat tiada bekalan darah akan gugur sendiri dan kaedah ini sesuai untuk buasir tahap dua, tiga serta empat. 

    Bagaimanapun, jika saiz buasir terlalu besar atau terlalu banyak kulit di luar dubur, kesan rawatan tidak begitu baik. Namun ia cara paling berkesan untuk menghentikan pendarahan. Walaupun ada risiko untuk buasir berulang, tetapi ia jauh lebih rendah berbanding kaedah pembedahan konvensional. Pendarahan mungkin berlaku ketika prosedur tetapi kemungkinannya agak kecil iaitu antara lima hingga 10 peratus saja. 


    Pencegahan 

    Tiada kaedah khusus untuk mencegah buasir tetapi amalan gaya hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada mengalami masalah ini. Antara cara yang disarankan ialah: 

  • Ubah gaya pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber serat (sayur-sayuran dan buah-buahan); lebih baik jika dapat makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. 
  • Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari. Ia bertujuan melembutkan najis supaya ia senang keluar. Pengambilan serat perlu diselaraskan dengan air. 
    Lebih banyak serat diambil, maka lebih banyak air diperlukan. Alasannya mudah, serat akan mengembang dan menyerap banyak air. Jika tidak cukup air, ia akan membuat­kan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin. Jika anda mengalami sembelit, masalah akan jadi lebih teruk jika tidak cukup air. 

  • Pelajari cara betul untuk buang air. 
  • Bersenam kerana ia juga boleh bantu mudahkan ke tandas. Senaman mudah seperti berjalan cepat selama 30 minit sehari sudah memadai. 
  • Jangan abaikan panggilan untuk buang air besar.
  • Jangan paksa diri untuk buang air besar. 

    “Apabila anda ada tanda-­tanda buasir, segeralah dapat­kan nasihat doktor. Ini penting kerana rawatan awal bukan saja lebih mudah dan murah tetapi ia dapat mengelakkan berlakunya komplikasi lain atau pembedahan yang lebih besar. 

    “Ramai pesakit yang datang menyangka mereka ada buasir tetapi selepas diperiksa rupa­nya ia adalah tanda penyakit lain. Paling membimbangkan ialah jika pendarahan itu disebabkan oleh kanser usus,” katanya.
  •  -sumber : harian metro



    Ubah gaya hidup kita & cegah simptom buasir dengan vitamin Shaklee


    • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
    • ALFALFA : bantu melawaskan pembuangan air besar. 
    • OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
    • ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

    Apa kata mereka yang telah mencuba suplemen Shaklee?






    Ingin mencuba suplemen Shaklee? 
    Dapatkan konsultasi penuh secara PERCUMA.
    Raiza | 012 3917458 




    I

    You Might Also Like

    0 comments