Kenali GLA Complex

By 9:00 PM

Kandungan Utama GLA Complex
___________________________________________

1. Minyak Bunga Borage

Borage, saintifik dipanggil Officinalis Borago adalah tumbuhan herba yang berasal dari Syria. Minyaknya, diekstrak dari biji benih, digunakan oleh doktor naturopathic sebagai anti-radang, mengawal berat badan dan untuk kecantikan kulit

Minyak Borage  mengandung  asid gamma-linolenik (GLA, juga dikenali sebagai omega-6) yang sangat tinggi. Minyak Borage mengandung 20% GLA, yang telah terbukti memberi manfaat kepada ekzema, dermatitis, neuropati diabetes, masalah payudara, PMS, rheumatoid arthritis , tekanan darah tinggi, kecantikan kulit dan keradangan .


Kelebihan GLA Minyak Bunga Borage

GLA Asid Lemak Yang Diperlukan Oleh Tubuh
Tubuh memerlukan asid lemak dalam pembentukkan kesihatan yang optimum. Malangnya dalam pemakanan masa kini terlalu banyak lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh. Asid lemak seperti EPA dan DHA  tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Untuk memenuhi keperluan tersebut, pengambilan seperti ikan yang dapat membekalkan EPA dan DHA perlu dalam diet seharian. Manakala GLA didapati dengan pengambilan suplemen. (GLA daripada Minyak Borage, 20-24%, Evening Primrose, 8-10%).


GLA Mengurangkan Kekejangan Perut dan Sakit Payudara Sewaktu Haid
Kekurangan GLA merupakan faktor kepada PMS. GLA mampu mengurangkan kesakitan akibat kehadiran hormon prostaglandin sewaktu haid.  Hormon prostaglandin ini berasal dari dinding rahim atau endometrium. Prostaglandin menyebabkan otot-otot rahim atau myometrium menjadi kejang yang berpanjangan dan juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Kesan dari ini adalah senggugut yang bertambah teruk jika darah haid terlalu banyak, berketul-ketul dan selalu berlaku jika haid terlewat beberapa minggu. Hormon Prostaglandin terdiri daripada yang baik dan yang tidak baik, Kesakitan samada kekejangan diperut atau sakit payudara semasa haid adalah kesan ekurangan hormon prostaglandin yang baik iaitu protaglandin anti radang yang diperbuat daripada GLA.


GLA, Menopause dan Kesihatan Kulit
Enzim yang menukarkan makanan kepada GLA akan semakin kurang berkesan apabila wanita menghampiri menopause. GLA merupakan bahan yang berupaya mempamerkan kecantikan kulit seperti kulit kelihatan sihat, lembap dan bercahaya (glowing). Kulit akan menjadi kusam, tidak bermaya dan kering akibat ketidakupayaan tubuh menghasilkan GLA apabila menopause. Adalah penting untuk wanita menopause mengekalkan pengambilan GLA agar memiliki kulit yang cantik dan tidak kering.

GLA dan Kulit Sihat
GLA adalah salah satu komponen yang membantu agar kulit kekal sihat. GLA membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Masalah seperti kulit kering, ekzema, kulit bemasalah, pigmentasi dapat diatasi dengan pengambilan GLA GLA turut bertindak sebagai pelembap kulit dan bahan anti penuaan. Baik untuk kecantikan, melembutkan dan mengenyalkan kulit. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage yang mengandungi GLA digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.


GLA Mencegah Barah Payudara
Kajian British mendapati wanita yang mengalami barah payudara diberi Tamoxifen (ubatan untuk menghalang estrogen) turut diberikan GLA, mendapati tindakbalas positif lebih cepat berbanding pengambilan Tamoxifen sahaja. Pesakit diberi 300mg GLA setiap hari dan itu merupakan antara  rawatan terbaru.GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalangi pertumbuhan sel tumor dan barah.

GLA dan Kepadatan Tulang
Kajian turut mendapati GLA mengandungi kalsium. GLA mengalakkan penyerapan kalsium dan memperbaiki kepadatan tulang.

Merawat Kuku.
GLA melembapkan dan menguatkan kuku, sedangkan asid salisilik mencegah infeksi. Sapukan minyak borage ke kuku anda semasa manicure atau selepas mencuci tangan anda.

Merawat Rambut. 
Memperbaiki rambut bercabang, rambut gugur dan masalah kulit kepala. Minyak Borage dapat secara sangat efektif masuk ke lapisan rambut di kepala dan melakukan perbaikan-perbaikan lapisan kulit kepala secara efektif

Menurunkan Berat Badan.  
Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan minyak borage dapat menjaga dan menurunkan berat badan. Saintis menyatakan, kandungan GLA yang tinggi, membantu metabolisme dan dapat menurunkan selera makan.

Merawat Artritis  
Minyak Borage dapat mengikat molekul yang menyebabkan keradangan sendi.

Menstabilkan Hormon
GLA membentuk prostaglandin untuk menjaga ketersediaan hormon lelaki dan wanita, mengurangkan PMS, mood swing, water retention dan payudara bengkak.

Melambatkan Monopause
Mengurangi simptom menopos seperti hot flashes, insomnia, depresi, Pengunaan jangka panjang dapat memperlambat penuaan dan mengetatkan uterus.

Memperbaiki Masalah Prostat
GLA memperbaiki masalah prostat dan masalah pembuangan air kecil.

Mencegah Diabetes
merendahkan gula dalam darah,

Merawat Autisme / Hiperaktif
Terbukti secara klinikal bahawa GLA dapat memperbaiki keadaan autisme anak-anak,  dan hiperaktif.


2. Minyak Bunga Matahari

Kandungan Dan Khasiat Minyak Bunga Matahari
Vitamin E
Biji bunga matahari memiliki kandungan vitamin E iaitu anti oksidan. Vitamin E juga dapat melawan radikal bebas serta menyimpan sel-sel dari kerosakan termasuk sel otak, mencegah penyakit jantung, mencegah mereka dari oksida kolesterol. Keadaan ini menjadikan jantung sihat dan menurunkan risiko serangan jantung, stroke dan pembuluh darah tersumbat
Magnesium 
Membantu mencegah asma, menurunkan tekanan darah tinggi, dan mencegah migrain.
Selenium
Selenium merupakan mineral, yang sangat membantu untuk memperbaiki DNA, mengurangi perkembangan sel barah dan membantu mencegah penyakit jantung. 

3. Vitamin E

Vitamin E bersifat anti oksida yang melindungi kerosakan tisu tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas akan menyebabkan kemusnahan sel, tisu dan organ. Vitamin E juga bersifat anti penuaan. Tubuh juga memerlukan Vitamin E untuk memastikan sistem tubuh kuat dari serangan virus dan bakteria. Kepentingan Vitamin E yang lain termasuklah sewaktu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan daripada berlakunya masalah saluran darah tersumbat yang akan mengakibatkan masalah jantung dan darah tinggi.

Khasiat Vitamin E
1. Melegakan PMS (Premenstrual Syndrome)
2. Sindrom Menapause
3. Rawatan kepada pengidap salur darah (darah tinggi, sakit jantung)

Kenapa GLA Shaklee berbeza? click here.


Berminat? Contact saya untuk konsultasi percuma.
SID : 926943
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments