Kenapa saya tak boikot Shaklee?

By 5:52 PM



Dua minggu yang lepas, meriah newsfeed mengenai isu boikot Shaklee. Berakhir gelombang pertama, datang pula gelombang kedua daripada bekas SID Shaklee sendiri. Saya lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri. Tetapi itu tidak bermakna saya sememangnya duduk diam. Setiap ayat di baca dan di teliti. Mula mencari bukti. Jika benar Shaklee perlu di boikot, maka haruslah memboikot Shaklee biarpun saya adalah SID Shaklee.

UZAR sendiri di dalam status FBnya yang menjadi viral itu mengajak kita berfikir, sudah sampai masakah Shaklee di boikot?  Persoalannya, adakah kita mula berfikir?

Kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar membaca headline tanpa membaca intipati sebuah berita sehingga ke ayat terakhir. Lebih parah apabila masing-masing mengeluarkan kata-kata yang tidak melambangkan adab dan sopan sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam di ruang-ruang komen. Tidak salah meninggalkan komen, jika komen itu membina. Malah tidak salah meninggalkan komen jika komen itu buat kita berfikir. Kenapa? Bimbang nanti setiap kata-kata yang di tinggalkan menjadi fitnah.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang berimanJika datangkepada kamu seorang fasik membawa beritamaka selidikilah (untuk menentukankebenarannyasupaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yangtidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainyasehingga menyebabkan kamumenyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Terungkai Sebuah Kekusutan

Di dalam senarai produk yang perlu di boikot yang di keluarkan oleh Inminds.com tidak ada tertulis Shaklee. Inminds adalah badan yang melakukan research mengenai produk-produk yang perlu di boikot. Sumber-sumbernya sehingga kepada dana dan keuntungan yang di salurkan kepada Zionis.

 

Tidak cukup dengan itu, penjelasan dari CEO Shaklee sendiri :-



Ketika gelombang kedua muncul sehingga menaikkan sentimen boikot terhadap produk Shaklee, ada yang mengatakan para leaders Shaklee makan duit haram, gelap mata, terpengaruh dengan kemewahan dan lain-lain lagi. Allahu Akbar.

Tahukah anda, berapa ramai leaders di dalam Shaklee yang mengeluarkan zakat, derma ke pusat-pusat tahfiz, sumbangan ke Gaza dan lain-lain? Tahukan anda berapa banyak duit yang telah di salurkan ke GAZA dan Palestin melalui bonus Shaklee mereka? Wallahu'alam.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh klik di sini bagi anda yang ingin berfikir.



Raiza | 012 3917458 
Rakan Shaklee Anda
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments