Anggun langsing kekal menawan

By 12:14 AM



Setiap orang mendambakan kecantikan luaran. Tetapi ramai yang tidak tahu, kecantikan luaran datangnya dari kecantikan dalaman. Pendek kata, cantik di dalam pasti akan cantik di luar. Terserlah secara automatik. Bagi mereka yang menjaga kecantikan dalaman pastinya akan mendapat bonus kecantikan luaran. 

Tiga konsep kecantikan yang perlu di ketahui ialah apabila mempunyai tubuh badan yang sihat, berat badan yang ideal dan kesihatan mental dan emosi. Jika tiga perkara ini terjaga, TAHNIAH! Anda tergolong dalam kategori orang yang cantik.

Sebenarnya cantik itu sangat subjektif. Terpulang kepada setiap individu. Tiga konsep ini hanyalah asas di mana apabila badan sihat secara automatiknya tubuh akan cergas. Segala aktiviti harian dapat di lakukan dengan mudah. Dengan berat badan yang unggul akan meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Mudah dan yakin untuk berurusan dengan sesiapa sahaja. Emosi yang stable adalah rahsia awet muda. Apabila emosi terkawal, hidup penuh kebahagiaan akan meningkatkan semangat seterusnya memberikan pulangan yang sangat berbaloi iaitu AWET MUDA. Ketawalah dan nikmati kehidupan anda.



Gaya hidup moden masa kini akan mempercepatkan proses penuaan. Mana tidaknya, dengan diet yang tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal dek kerana kesibukan yang melampau di tambah pula denan tekanan dan bebanan kerja, hutang dan masalah peribadi akan menyebabkan kekurangan tidur. Tidur yang cukup sangat penting untuk memberikan badan cukup sihat. Terdedah pula dengan cahaya matahari dan persekitaran udara yang tidak sihat menambahkan masalah yang ada.



Pernah dengar tak usia biologi? Usia biologi ni ialah usia organ dalaman kita. Jantung, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain lagi. Ibaratnya macam enjin kereta. Selalunya, peminat tegar kereta pasti akan menitik beratkan mengenai enjin kereta kan? Begitulah sepatutnya kita perlu menjaga organ dalaman yang Allah kurniakan. Organ dalaman ini akan mempengaruhi usia biologi seseorang.

Saya paling suka check usia biologi. Sesetengah orang tak suka sebab takut nak menerima kenyataan. Jangan terkejut ada yang berusia 27 tahun tapi usia biologinya telah pun mencapai ke usia 47 tahun. Masyaallah. Jauh sungguh bezanya. Saya suka semak usia biologi sebab sekurang-kurangnya tahu di mana kekurangannya dan di bahagian mana yang perlu di ambil berat. Bukankah menjaga itu lebih baik dari merawat?



Untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan, perkara yang perlu di tekankan ialah kolagen. Kolagen sangat-sangat di perlukan bukan sahaja untuk kulit malah otot, sendi, gusi dan banyak lagi.Tetapi mitos yang bertebaran, hanya orang yang berusia yang memerlukan kolagen tambahan. Sila tukar persepsi anda.




Kolagen mula merosot seawal usia 20 tahun sedikit demi sedikit. Pada usia 30 tahun, paras kolagen dalam tubuh hanya tinggal 35% sahaja. Menakutkan? Sebab itu, pada usia 30 tahun, kesihatan mula merosot. Sendi mula sakit. Kulit mula kendur dan pelbagai lagi. Jika di biarkan, masalah kesihatan akan menjadi serius hari demi hari.

Itu pentingnya mengambil kolagen untuk membantu tubuh dan meningkatkan peratus kolagen di dalam tubuh bagi menjaga segala organ dalaman terutamanya sendi-sendi yang perlukan kolagen untuk bergerak. 

Kenapa ramai yang tua sebelum usia? Sebab kandungan kolagen di dalam tubuh mereka semakin berkurang. Selalunya kita akan sensitif dengan usia kan. Jangan marah jika ada yang menegur anda dengan panggilan makcik padahal anda lebih muda dari mereka. ;-)



Salam sayang,
msraiza, Rakan Shaklee Anda.

You Might Also Like

0 comments