7 sebab KENAPA perlukan suplemen

By 8:11 AM

Kenapa Suplemen?

Ramai di antara kita yang mungkin kurang kesedaran atau mungkin mengambil mudah mengenai kepentingan suplemen dalam kehidupan harian. Kenapa? Ada sesetengahnya berpendapat yang mereka masih sihat jadi tidak memerlukan suplemen tambahan. Ada juga yang berpendapat, suplemen hanya untuk mereka yang sakit. Sejauh mana kebenarannya?

7 sebab KENAPA perlukan suplemen.


1. Pencemaran alam sekitar seringkali menjadi masalah utama kepada kebanyakan penduduk kota di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan masih lagi di tahap yang rendah. Kerana itu, kerajaan kerapkali melancarkan kempen alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia. Asap-asap kenderaan umpamanya menyumbangkan kepada pencemaran udara.  

2. Apabila peningkatan usia, tubuh badan kita memerlukan nutrien lain yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Semakin meningkatnya usia, semakin tinggi dos tambahan nutrien yang kita perlukan bagi menyokong kesihatan tubuh badan. Kerap kali kita dengar warga emas menghadapi pelbagai jenis penyakit di usia tua mereka kerana kekurangan nutrien di dalam tubuh mereka.

3. Awas! Anda yang vegetarian juga tidak terlepas kepada masalah kesihatan. Di dalam era kemajuan ketika ini, pelbagai jenis racun serangga di cipta bagi membantu petani meningkatkan hasil tanaman mereka. Namun, tanpa di sedari, racun-racun ini menyebabkan kemerosotan kesihatan untuk jangka panjang. Senang cerita, racun-racun ini menjadi silent kill. Bertindak secara senyap terhadap tubuh kita. 

4. Kebanyakan warga kota mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ada yang berkerja melebihi 12 jam sehari. Ini menyebabkan badan tidak cukup masa untuk recover. Mudah letih dan lesu. Benar, bukan ini yang kita mahukan. Warga kota harus berkerja keras untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kajian telah menunjukkan, mereka yang mempunyai gaji bulanan RM 3k masih tergolong dalam golongan miskin bandar. Warga kota ini yang paling disyorkan untuk mengambil suplemen ketika muda bagi membantu mereka kekal sihat.

5. Cepat. Ringkas dan mudah. Tidak semua yang cepat itu berkualiti dan berkhasiat. Tahukah anda, perniagaan fast food meningkat berkali ganda saban tahun? Ini bermakna, rakyat Malaysia gemarkan makanan segera. Tanpa kita sedari, makanan segera memberikan pelbagai kesan sampingan. Malah, tumbuhan dan haiwan juga di berikan suntikan genetik hanya untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka. Kesannya? Pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser semakin berleluasa di kalangan rakyat Malaysia.

6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan. Ada di kalangan kita memang mengamalkan diet harian yang seimbang dengan pengambilan mengikut gizi makanan yang betul. Contohnya, kafein yang berlebihan di dalam badan menggangu penyerapan nutrien di dalam tubuh. Sebab itu, mereka yang mengambil suplemen di nasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

7. Adakah cara penyediaan makanan harian yang kita ambil dapat di pastikan tidak menganggu penyerapan nutrien dalam tubuh badan. Contohnya, makanan yang 'over-cooked' di percayai boleh menyebabkan nutrien didalam makanan rosak atau berkurangan. Ini merugikan kita kerana tubuh tidak dapat menyerap seratus peratus nutrien yang terdapat dalam pemakanan kita.



Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, anda perlu bertindak sekarang. Bantulah tubuh badan anda untuk terus kekal sihat. Sesungguhnya nikmat sihat hanya di rasai ketika sakit. ;-)



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments