Cadangan kudapan

By 5:54 PM



Makanan ringan atau snek menjadi kegemaran ramai namun memanjakan diri dengan memakan makanan ringan sinonim dengan imej yang tidak baik terutama untuk kesihatan diri.

Menurut pakar pemakanan Indra Balaratnam, makanan ringan tidak semestinya tidak bagus. Sebenarnya ia bergantung kepada apa yang kita ambil sebagai snek. Ramai yang mengambil makanan yang diproses di pasaran sebagai makanan ringan tanpa mereka sedar sebenarnya mereka mempunyai pilihan snek yang lebih sihat.

Makanan ringan bagus untuk mengisi perut supaya kita tidak berasa lapar di antara waktu makan utama dan akhirnya makan secara berlebihan semasa makan tengahari dan makan malam.

Pilihan snek itu sendiri memang penting. Pilihlah snek yang mengandungi serat dan protein yang tinggi membuatkan perut berasa terisi. Lebih elok jika ia mengandungi nutrien seperti vitamin, mineral dan lemak omega 3.

Cuba fikirkan makanan lain selain makanan ringan yang diproses di kedai runcit dan fikir secara kreatif apabila mengambil makanan ringan di mana saja.

Cadangan snek sihat:

Di depan televisyen
  • Satu cawan salad buah-buahan yang dimakan bersama satu sudu yogurt vanila.
  • Satu gelas minuman smoothie yang di buat dengan secawan buah-buahan, dua sudu yogurt dan 200ml susu segar.
  • Setengah cawan kismis untuk melawan keinginan makan makanan manis.
  • Dua potong roti bijirin bersama satu hirisan daging ikan salmon yang disalai.

Dalam kereta
  • 15 biji almond panggang tanpa garam.
  • Satu tangkai anggur.
  • Dua biji kurma untuk mereka yang sukakan manis.
  • Satu keping biskut tenaga diperbuat daripada buah kering dan kekacang.
Dalam tas tangan
  • Lima keping hirisan aprikot kering.
Di meja kerja
  • Satu bekas kecil buah-buahan seperti epal, pir dan betik di potong dadu.
  • Satu cawan oat segera di bancuh bersama air panas.
  • Satu biji pisang saiz sederhana.











Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments