Mata permata badan

By 8:30 PM ,


Lobak merah kaya lutien yang penting untuk deria penglihatan.

Masihkah anda ingat sewaktu kecil ibu selalu menyuruh kita makan lobak merah untuk mendapatkan penglihatan yang baik?
Tahukah anda lobak merah kaya dengan lutein?

Lobak merah kaya dengan nutrien yang di kenali sebagai lutein daripada kumpulan karotinoid yang penting untuk deria penglihatan.

Daya penglihatan yang baik memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk meneroka keadaan sekeliling sekaligus mempelajari banyak perkara secara semulajadi. 


Lutein dalam makanan.

Tubuh badan manusia tidak boleh menghasilkan lutein. Justeru, sumber lutein perlu boleh didapati dalam diet harian kita. 

Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli dan kacang pea adalah sumber utama lutein daripada makanan kita. Bagaimanapun, sesetengah daripada sumber makanan yang paling kaya dengan lutein tidak digemari oleh kanak-kanak dan mendedahkan mereka kepada risiko kekurangan lutein.

Bagaimanapun, ibubapa masih boleh memastikan anak-anak mengambil cukup lutein. Menyedari peranan penting lutein untuk kesihatan mata, lutein kini di tambah ke dalam produk makanan dan minuman yang dihasilkan secara komersil seperti susu.

Khasiat Lutein

Lutein ialah satu elemen yang menjadikan hasil tumbuhan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan berwarna kuning hingga ke merah. Dalam tubuh badan manusia, kebanyakan lutein terdapat di dalam mata. Lutein di kaitkan dengan kesihatan penglihatan kerana ia bertindak sebagai antioksidan dan penapis cahaya biru.

Cahaya biru adalah satu daripada jarak gelombang yang membawa lebih mudarat bila sampai ke mata. Kesannya adalah paling besar pada zaman kanak-kanak apabila mata paling terdedah kepada cahaya biru.

Kandungan lutein yang tinggi dalam mata bertindak sebagai perisai untuk mengurangkan kerosakan akibat cahaya biru yang sampai ke retina. Sebagai antioksidan, lutein juga melindungi mata daripada radikal bebas. 

Diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu membekalkan lutein yang diperlukan. Bagaimanapun, pakar penyelidik menganggarkan ramai orang tidak mengambil lutein yang secukupnya.

Hasil kajian terbaru menunjukkan tambahan lutein pada kadar 10mg setiap hari dapat memberi manfaat kesihatan. Lembaga Keselamatan Makanan Eropah mengesyorkan pengambilan harian 1mg/kg berat badan.  

Karotinoid lutein telah diakui memainkan peranan penting dalam kesihatan mata. Justeru itu, ibubapa haruslah memastikan mengambil lutein yang secukupnya daripada diet harian mereka. 

Mata adalah permata badan. Jelaslah bahawa kesihatan mata perlu di jaga seawal di usia kanak-kanak lagi.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments