Law of Universal Attraction

By 9:28 AM


Magnet Kebahagiaan

Seminar yang saya pergi awal tahun tempoh hari. Sangat menarik. Banyak ilmu yang di perolehi dalam seminar tersebut. Mengenali apa itu LUA (Law of Universal Attraction) memang mengujakan.
Hukum tarikan universal yang berkuasa menarik kebahagiaan dan kejayaan datang kepada kita.


Berkenalan dengan LUA

LUA ialah hukum tarikan. Di sekeliling kita ada gelombang yang terhasil. Gelombang ini akan menarik sesuatu yang mempunyai frekuensi yang sama dengannya.

Minda kita juga sentiasa membebaskan getaran atau gelombang. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Perasaan gembira dan benci menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda yang positif menarik gelombang positif datang kepada kita begitulah sebaliknya.

Aku bertindak mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku. Sekiramya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya di dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati aku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati aku sehasta, Aku mendekatanya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.  (Di rekodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Nah, lihatlah hadis Qudsi ini. Allah menyatakan yang Dia bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Bertepatan dengan hukum LUA.



Inilah yang perlu di semat di minda kita, Allah bertindak mengikut apa yang kita fikirkan. Jika fikir positif, maka perkara positiflah yang akan hadir begitulah sebaliknya.

So, first thing memang kena set minda. Kena train minda kita supaya memikirkan yang positif sahaja walaupun ada juga perkara-perkara negatif yang datang dalam kehidupan harian kita. Contohnya, kita tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Jika kita membiarkan minda menarik perkara negatif, minda akan terus merungut-rungut. Tetapi apabila kita menukarnya kepada yang positif, didik minda kita dengan berfikir, oh ok lah jam ni, at least boleh jugak aku berzikir. Secara tak langsung minda akan menarik gelombang positif di sekeliling kita.

Hukum LUA ini sangat hebat. Ia berjaya mempengaruhi persekitaran kita. Saya pernah merasainya. Suatu pagi, saya sematkan dalam minda yang saya mesti sampai pejabat sebelum pukul 8.00 pagi dan saya nak parking berhampiran pejabat. Saya bayangkan di mana kotak parking yang saya nak park kereta. Jadi apa yang saya buat, saya sematkan di minda, saya boleh sampai pejabat sebelum pukul 8.00 pagi dan kotak parking yang saya mahukan itu kosong. Bayangkan, pagi itu perjalanan saya sangat mudah. Kawasan-kawasan yang selalunya jem masih jem tetapi tidak seteruk seperti kebiasaannya. Akhirnya saya memang dapat parking di kotak yang saya mahukan dan tiba di pejabat jam 7.50 pagi. Lihatlah betapa kuatnya tarikan yang saya tarik di minda.

So apalagi, jom praktikkan dalam kehidupan harian kita. Mudah-mudahan gelombang yang i tarik ke arah kita sentiasa positif.




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments