Peluang tidak datang berkali-kali

By 10:04 AM



Alhamdulillah.
Pagi selasa yang indah. Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, saya sempat merakamkan beberapa gambar pelangi yang hadir. Subhanallah, cantik dan indahnya ciptaan Illahi. 

Terfikir di dalam hati, betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan. Udara yang segar, cuaca yang baik. Arhh.. Nyaman sungguh. Duduk di kota metropolitan, agak sukar nak bertemu dengan hari yang penuh keindahan dengan cuaca yang tenang, udara yang damai dan jauh dari pencemaran. Sukar. Sangat sukar. Saban hari di hidangkan dengan kesibukan kota. Kereta yang berpusu-pusu ke destinasi, kesesakan lalu lintas, udara yang tercemar dek asap kenderaan. Sungguh melelahkan.

Apabila berkesempatan menikmati keindahan pelangi, damai. Sungguh mendamaikan. Beryukur masih ada nyawa di kandung badan. Bersyukur dengan kesihatan yang baik biarpun bergelumang dengan cara hidup yang melelahkan. Alhamdulillah.

Dalam kedamaian terfikir, ini semua peluang yang Allah berikan. Sepertimana peluang untuk menceburi dunia perniagaan Shaklee. Sungguh, tidak pernah terjangkau dek akal, akan berada di dalam dunia Shaklee ini. Sungguh indah percaturan Illahi. Di saat mencari-cari suplemen buat menyokong kesihatan diri yang sentiasa sibuk dengan dunia jahitan, Allah memberikan percaturannya yang terbaik. Allah tunjukkan jalan. Di samping untuk menjaga kesihatan, dapat juga menjana extra income. Alhamdulillah.




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments