5 Tips kawal kewangan

By 1:50 PM ,


Tips-tips di bawah tidak akan berkesan jika anda tidak mengamalkannya dan terus boros berbelanja dan gagal mendisiplinkan diri untuk berbelanja mengikut nafsu. Bagi membantu anda menjimatkan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, anda boleh mencuba tips di bawah.


1. Kurangkan Makan Di luar.

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3 kali kos menyediakan makanan sendiri di rumah. Adalah lebih baik anda makan dahulu di rumah sebelum anda keluar rumah.

Membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk anda mengurangkan anda makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang anda ada sehingga hujung bulan.



2. Catat Perbelanjaan

Catat setiap perbelanjaan harian anda, berapa duit masuk dan keluar. Kaedah ini boleh memberikan anda maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian. Cara ini juga membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Siang anda berbelanja, malamnya buat rumusan perhitungan. Di waktu itu anda dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya.



3. Menyimpan

Ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan dengan menganggap bahawa simpanan itu sebenarnya lebihan wang setelah menolak perbelanjaan daripada pendapatan.

Cara ini menyebabkan anda meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Anda perlu ubah cara berfikir dalam mengurus kewangan supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan.

Perkara pertama anda perlu buat apabila mendapat gaji atau pendapatan ialah menetapkan satu jumlah daripadanya sebagai simpanan. Saranan yang popular ialah 10% daripada pendapatan, orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan.

Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkannya sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tetapi jarang-jarang.


4. Jaga Harta Benda.

Ramai antara kita lupa bahawa membaik pulih sesebuah peralatan terutamanya yang sering dan menjadi keperluan untuk kita gunakan akan menyusutkan pendapatan dan simpanan kita.

Oleh itu amat penting bagi kita untuk sentiasa menjaga dengan baik dan mengadakan penyelenggaraan berkala terhadap setiap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan. Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan dan paling tidak, tayar kereta akan cepat habis termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya. Kos baik pulih kenderaan adalah melebihi RM 100.


5. Kurangkan / Tamatkan Penggunaan Kad Kredit 

Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan anda berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksima dan kita masih boleh berbelanja selagi tidak mencapai tahap maksima tersebut.

Namun sedar atau tidak, perkara itu juga menyebabkan kita alpa dalam berbelanja sehingga berlebihan. Jika anda meneliti dengan lebih mendalam, anda telah menyebabkan sejumlah besar pendapatan anda hanya untuk membayar hutang tersebut.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments