Kepentingan Asid Folik Terhadap Kaum Adam.

By 12:45 PM ,

Gambar sekadar hiasan

Khasiat daripada tanah amat penting untuk manusia sehinggakan pakar-pakar pemakanan di dunia hari ini menetapkan setiap individu perlu mengambil lebih kurang 280g sayur-sayuran setiap hari secara berterusan bagi memelihara kesihatan.

Satu laporan yang dimuatkan dalam The Daily Californian bertarikh 28 February 2001, di bahagian Sci-Tech bertajuk Folate May Help Keep Sperm in Shape, Green Vegetable Consumption May Increase Male Fertility, Decrease Childhood Cancer Risk in Offspring, di nayatakan kaum lelaki memerlukan vitamin asid folik yang mencukupi bagi memastikan kesuburan sperma mereka berada di tahap optimum.

Kajian pakar-pakar daripada University California Berkeley mendapati pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak tidak hanya mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, malah meningkatkan kadar pengeluaran dan kualiti sperma kaum lelaki. Hal ini di sebabkan sayur-sayuran kaya dengan asid folik. Penemuan ini dilaporkan secara rasmi dalam jurnal Fertility and Sterility pada bulan February 2001.

Satu laporan lain yang bertajuk Lifestyle and Dietary Recommendations for the infertile Male, pakar-pakar daripada Jabatan Urologi Universiti Cornell menyatakan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengubah keadaan kesihatan mereka sekaligus membantu menjadi subur. Maklumat ini boleh diperolehi di www.cornellurology.com.


Ketahui kelebihan Vitamin B Complex yang mengandungi Asid Folik di sini.


Sumber : Quran Saintifik, penulis Dr. Danial Zainal Abidin.






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments