I resign!

By 6:29 PM



Minggu lepas, Raiza attend workshop on Developing Positive Habit, Attitude & Thinking di office. Seronok juga workshop ni. Antara intipati workshop ini ialah bagaimana nak positif.

Biasa dengar Monday blues? Mesti pernah dengarkan.... Apabila kita melakukan rutin harian yang sama, ianya akan mengundang kebosanan. Secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap produktiviti seseorang.

Dear Boss, I resign!

Untuk memastikan kita sentiasa berada di dalam persekitaran yang positif, kita harus membuang perkara yang negatif terlebih dahulu. Jangan biarkan perkara-perkara negatif menguasai diri sehingga menukar pemikiran yang asalnya positif menjadi negatif.

Cuba bayangkan setiap pagi ke tempat kerja. Rutin yang sama bertahun-tahun lamanya. Bosan kan? Ok, jom tukar..... Jom berhenti kerja sekarang! Mengarut betullah Raiza ni kan. Ahak. Berhenti kerja yang di maksudkan ialah buang perkataan kerja di dalam fikiran kita. Set di dalam fikiran kita setiap pagi kita keluar rumah adalah untuk ENJOY bukan untuk ke tempat kerja. Perkataan enjoy ini sendiri dah menggambarkan suasana yang menyeronokkan... So secara tidak langsung, ianya dapat memberikan keseronokan ke tempat kerja.

Tak percaya?

Jom kita buat esok. Malam ni sebelum tidur, sematkan di dalam hati, "esok aku nak pergi enjoy" dan bayangkan yang esok pagi kita dengan gembiranya bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja. Cuba lihat aura positif yang mengelilingi kita seawal pagi lagi. Cubalah, anda pasti akan rasakannya.

Workshop ni bagus untuk kita generate positif mind. Sangat berguna dalam kehidupan harian kita. Kita selalu merungut dengan apa yang terjadi kepada kita, padahal kita boleh enjoy dengan setiap kejadian yang berlaku kepada kita setiap hari. Contoh yang paling mudah ialah kesesakan lalu lintas. Berapa ramai di antara kita yang memandangnya dari sudut yang positif? Kebiasaan daripada kita akan memandangnya sebagai situasi yang sangat stress padahal kita sepatutnya dah immune dengan situasi ini. Cuba tukar hari ni.... kita terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Capai hand phone  dan call emak dan ayah di kampung tanyakan khabar. Bukan lamapun kan. Paling lama 10 minit je pun. Cuba bayangkan setiap hari ketika kesesakan lalu lintas kita buat perkara ini. Bayangkan happynya mak ayah kita menerima panggilan kita setiap hari. Secara tidak langsung, ianya mengeratkan hubungan kekeluargaan kita. Betul tak? Nampak remeh tapi cuba buat secara konsisten. Pasti anda akan merasai dan menikmati indahnya kehidupan.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments