Minum air dengan mudah di Bulan Puasa.

By 8:36 AM ,


Sebenarnya bukan susah pun utk minum air banyak time puasa ni.. Cuma bila kita tak biasa saja,tu yg jd susah.

Jom cuba cara ni :
  • Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter.. So tak ulang alik nak ambil air.
  • 1 sesi try minum 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jd 1sesi dlm 400-500ml air sudah kita dapat.
  • Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, selepas tarawih dan selepas sahur, paling kurang akan minum 1200ml air kan.
  • Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.(kalau takut balik2 ke toilet,skip saja yg ni)
  • Bawa  sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.


Selalunya di bulan puasa masalah kekurangan air memang sangat kronik. Kalau bukan time bulan puasa pon masih berkira-kira nak minum air kan. Apa kaedah yang uols guna?

Raiza selalunya waktu berbuka akan minum air panas (teh o atau teh susu). Sebelum solat terawikh, Raiza cuba minum segelas air masak. Ketika solat terawikh, Raiza akan minum seteguk setiap 2 rakaat. Normally bawak bekal air mineral 500ml tu habislah jugak sewaktu terawikh. Minum sikit-sikit untuk mengelakkan asyik mengulang tandas. hehehe... Then.. After terawikh minum segelas lagi air masak. Last sekali sebelum tidur minum segelas lagi.

Kalau ikut kiraan kasar, setiap gelas lebih kurang 250ml. Totalnya lebih kurang 1.25l sahaja. Perlukan improvement lagi jadual pengambilan air Raiza ni untuk memastikan cukup belakan air masak 2l sehari.


Tips: Selalu time terwaikh mengantukkan? Kenapa mengantuk? Punca utama ialah sebab kekurangan air dalam badan. Sebab tu penting minum air. Cuba setiap kali rasa mengantuk, teguk air masak. Inshaallah, rasa mengantuk akan berkurangan.

Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments