Denggi! Antara tips dan kesannya.

By 4:14 PM



Assalamualaikum wbt.

Kak Raiza macam belum boleh move on lagi dengan denggi ni. Ahak. Nampak tak betapa denggi ni Memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan Kak Raiza .. 😂😂😂

Ok, Kak Raiza nak share sikit berkenaan denggi ni. Apa yang uols perlu tahu.

✓ Denggi tidak ada UBAT
✓ Denggi akan datang dengan pakej sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, demam urat, perut sebu atau gastrik, sakit kepala, badan tak seimbang macam nak tumbang.
✓ Kalau pesakit kuat, boleh bangun tapi kalau pesakit tak kuat, memang terbaring tiada kudrat.
✓ Sakit kepala yang teramat sampai Nak tengok HP pon tak boleh. Rasa pening Dan loya.
✓ Masa denggi menyerang, boleh jadi bleeding. Kencing berdarah. Buang air Besar berdarah. Gusi berdarah. Kena alert dengan perubahan ni.
✓ Kalau period, Doctor akan bagi ubat untuk stopkan period. Denggi sangat sensitive dengan darah tau. So pesakit kena monitor. Sebab bleeding ni boleh menyebabkan platelet semakin turun.
✓ Normal platelet untuk orang yang sihat ialah 150-400. Kalau platelet kita kurang dari ni, consider anda dah kena Denggi.
✓ suhu badan Dan BP akan turun Naik mendadak. Sekejap Naik, sekejap turun, ikut suka hati dia jer.
✓ Denggi boleh meragut nyawa Jika anda warga tua, kanak-kanak atau individu dewasa yang dah ada penyakit. Sebab biasanya orang yang dah berpenyakit, antibody badan dah tak kuat Nak lawan denggi.
✓ Denggi tak boleh pergi urut badan. Ni pesanan doctor Kak Raiza tempoh hari. Tak boleh pergi spa untuk berurut sebab boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.
✓ Biasanya pegawai kesihatan akan call waris untuk buat fogging Di rumah pesakit.  Tak kiralah samada pesakit mendapatkan rawatan dari hospital swasta ataupun kerajaan. Kak Raiza ingatkan hospital kerajaan je yang implement ni. Tapi tak, untuk semua pesakit. Hospital akan buat report.
✓ Di sebabkan denggi tidak ada UBAT, Cara yang paling cepat untuk pulih ialah dengan melalui air kencing. Maksudnya, kena minum banyak air Dan air ni yang akan keluarkan kuman ni dari badan. Kalau duduk hospital, memang akan masuk drip 24 hours.
✓ lagi banyak kencing, lebih bagus.
✓ Elakkan gosok Gigi untuk mengelakkan gusi berdarah. Boleh gosok secara lembut. Guna jari Dan mouth wash sahaja.
✓ Kalau boleh makan, makanlah seperti biasa. Biasanya pesakit tidak akan ada selera makan. Kena paksa.
✓ Usahakan untuk pesakit masukkan cecair Di dalam badan. Kalau boleh minum, minumlah sebanyak mungkin. Kalau tak boleh minum, kena minum jugak. Ahak. Paksa.
✓ untuk pulih dari Denggi, ambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu.
✓ Walaupun pulih, simptom denggi tetap ada. Kena banyak rest. Contohnya, pening, sakit sesetengah bahagian sendi seperti jari kaki, pergelangan Tangan dan lain-lain.
✓ Dehydrate. Kena pastikan minum air banyak walaupun dah mula pulih.
✓ Insurance protection. Nanti Kak Raiza cerita detail pasal ni.
✓ Supplement. Jangan ego. Bila tidak sihat, badan memang sangat memerlukan pembantu untuk pulih. Untuk naikkan paras antibody badan bagi melawan penyakit. Kak Raiza makan Nutriferon untuk boost antibody badan Dan Performance Drink untuk mengelakkan dehydration.
✓ Walaupun dah ambik supplement, ubat tetap kena makan jugak. Contohnya paracetamol, ubat sakit perut. Garam tahan muntah. Ubat gastric. Gaviscon. Ni antara ubat yang Kak Raiza kena makan masa warded hari tu secara konsisten maksudnya setiap 4 jam nurse memang akan datang hantar ubat.
✓ Sup ketam. Jus delima. Kalau boleh minum, minumlah. Salah satu petua untuk menaikkan platlet. Kak Raiza cuma makan sup ketam tu pon selepas discharge. Sebab masa warded memang tak boleh makan apa pun sebab akan muntah. Kak Raiza cuma mampu minum air mineral sahaja masa tu.
✓ REST. Perlu banyak rehat. Dan zikirlah. Sebab time sakit ni, memang tak boleh buat apa pun. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada untuk berzikir dalam hati. Sekurang-kurangnya, dapat tambah pahala.

Ok. Ini adalah dari pengalaman Kak Raiza sendiri. Setiap pesakit mungkin  mempunyai pengalaman Dan kesan yang berbeza. Bergantung kepada antibody yang ada dalam badan untuk melawan penyakit.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

You Might Also Like

0 comments